Wednesday, 9 March 2011

Sampan Untuk Disewa

Kami di Pulau Sembilan Fishing Safari menyediakan perkhidmatan sampan untuk disewa terutamanya kepada kaki2 pancing yang suka kepada cabaran memancing dilaut....

Keadaan Sampan: 

Panjang : 27 kaki
Lebar    : 8  kaki
Enjin     : 75 kuasa kuda

Kami menyediakan

umpan, ais, Sonar, GPS, safety jacket dan dapur(bagi yang memancing lbh dr 12jam)

Harga Bagi memancing di Pulau Sembilan

RM 650.00 ( 6orang )

Harga Bagi memancing di Pulau Jarak

RM 1500.00

2hari 1malam
Untuk 5orang

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya terus...

Jaa : 017-4243190


Sila buat tempahan selewat2nya seminggu sebelum tarikh
yang anda kehendaki...

Sekian....

kedatangan anda amat dialu-alukan....terima kasih..

Jelajah Joran 2010

Saya sangat berterima kasih kepada En. Nasir dr Jalajah Joran TV3 serta kru2nya kerana sudi mempromosikan Pulau Sembilan Fishing Safari....

Kru2 sedang membuat persiapan 
:
:
:
:
Persiapan hampir selesai
:
:
:
:
Memulakan perjalanan
:
:
:
:
Hasil tangkapan

Kami di Pulau sembilan fishing safari amat berbesar hati diatas kesudian pihak TV3 kerana telah turun ke manjung untuk menjalankan penggambaran Jelajah Joran....terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan....

Jemput Datang Lagi....

Kami Sedia Menanti.

Thursday, 3 March 2011

Tekong Yang Berpengalaman Dalam Mencari Lokasi

TEKONG yang bagus ialah mereka mahir dan berilmu pengetahuan menjejak lubuk ikan, mengetahui bacaan arus air, masa sesuai untuk memancing, pakar mengenai laut serta memahami kehendak pelanggan, pemancing. Di samping, mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan hasil tangkapan lumayan setiap kali menganjurkan trip memancing.

TEKONG yang ramah, bertanggungjawab dan mudah berurusan sering menjadi rebutan kaki pancing, memandangkan mereka lebih senang berkOmunikasi sama ada di darat ketika membuat tempahan, mahupun di laut ketika turun memancing.

Bagaimanapun, hasil tangkapan tidak menjadi masalah kepada pemancing kerana mereka faham serta akur setiap rezeki datangnya daripada Allah. Walaupun sudah berusaha untuk mendapatkan hasil tangkapan lumayan, namun kalau yang Esa masih enggan memberinya, pemancing reda.


Pak Itam adalah tekong yang berpengalaman dalam memberitahu keadaan air, cuaca, umpan dan lokasi yang menarik untuk memancing....

RAHSIA Memburu Jenahak

Seperti biasa gunakan joran dan kekili yang sesuai iaitu aksi sederhana ataupun berat. Ia bergantung kepada keadaan arus sama ada laju atau tidak. Sekiranya arus laju maka kita perlu bersedia dengan peralatan berat terutama joran kerana perlu menanggung beban batu ladung yang berat bersaiz 18-24, kadangkala mencecah hingga 34. Disyorkan anda menggunakan kekili elektrik kerana penggunaan kekili biasa agak memeritkan untuk menampung beban ikan.

Tali perambut tangsi berkekuatan 60-80 paun sepanjang dua meter adalah sesuai. Satu lagi eksesori yang dianggap mudah adalah ragum. Ianya amat penting bagi mengelakkan tali perambut terbelit pada tali utama semasa menurunkan umpan tambahan pula umpan sotong hidup yang amat lincah dan melilau didasar air.

Jenahak adalah sepsis yang bergerak secara berkumpulan. Jadi pastikan antara anda tiada yang berebut atau saling tarik menarik kerana dikhuatiri ikan2 lain akan takut dan makin jauh melihatkan keadaan tersebut.

Umpan sotong cumi dan sotong kurita merupakan makanan utama jenahak. Janggut sotong kurita salah satu penarik kepada jenahak. Kebiasaannye jenahak akan mengulum umpan terlebih dahulu sebelum melarikannya ke dasar 5-6meter. Jadi untuk memastikan jenahak tidak melepaskan umpan, elakkan membuat sentapan terlalu awal kerana jenahak akan memuntahkan semula umpan jika dirasakan ada sebarang sentapan.

Langkah berhati2, biarkan jenahak merentap sendiri umpannya. Satu kelemahan jenahak adalah apabila dipam dengan kuat, ia pasti akan tewas setelah terkeluar pelampung udaranya. Gunakan kesempatan ini untuk mengatasi kekuatan lariannya. Biasanya jenahak akan timbul sendiri apabila telah hamper ke permukaan air dan tidak perlu terburu2 untuk menarik jenahak tersebut.



Hasil yang sungguh menakjubkan....